SIRI PANDANGAN ALAMI HUKUM ISLAM MENGENAI NIKAH DI THAILAND DAN POLIGAMI

HUKUM NIKAH DI THAILAND BERDASARKAN FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA

Untuk pengetahuan anda badan fatwa yang paling berautoriti tinggi di Malaysia melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Isu Nikah Di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.

HUKUM NIKAH POLIGAMI BERADASARKAN HUKUM SYARAK


APA ITU POLIGAMI?

Poligami adalah suatu peruntukan yang berikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peruntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ia bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan syarak. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah S.W.T bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya. Kata al-Imam `Izz al-Din `Abd al-Salam (meninggal 660H): dalam Qawa`id al-Ahkam fi Masalih al-Anam: “Kita telah ketahui daripada sumber-sumber syarak bahawa tujuan (hukum-hakam) syarak ialah untuk kemaslahatan hamba-hambaNya di sudut agama dan akhirat mereka. Bukannya masaqqah (kesusahan dalam mengamalkan syariat) itu yang dimaksudkan dengan kemaslahatan, tetapi maksudnya ialah apa yang diperolehi hasil dari masaqqah Ini sama seperti seseorang doktor yang menyuruh pesakitnya meminum ubat yang sangat pahit. Tujuannya hanyalah untuk mengubati”. (Izz al-Din `Abd al-Salam, Qawa`id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, 1/29, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi: “Inilah apa yang diraikan oleh Syariat Islam dalam persoalan poligami, ia telah menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudian ia mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat bahawa pengamalnya percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya kezaliman dan berat sebelah. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya):“Jika kamu takut tidak berlaku adil maka hanya seorang isteri”. (Al-Qaradawi, Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah, s 133-134. Mesir: Maktabah Wahbah)

KEIZINAN ISTERI PERTAMA ADAKAH PERLU?

Adapun pandangan yang mensyaratkan keizinan isteri pertama atau kadi atau mahkamah syariah bagi sesiapa yang ingin berpoligami adalah sesuatu yang bersifat pentadbiran tetapi bukanlah syarat sah perkahwinan. Ertinya, dari segi syarak sah perkahwinan tersebut apabila cukup rukun nikah sekalipun tanpa keizinan kadi. Adalah salah jika pentadbiran menghalang atau bertindak ke atas pengamal poligami atas emosi tanpa alasan yang kukuh di sisi nas-nas syarak sedangkan Allah dan RasulNYA secara jelas mengizinkannya.

Justeru, para ulama kontemporari ramai yang membantah meletakkan syarat poligami pada keizinan kadi. Masalah keadilan suami adalah sesuatu yang tidak dapat dinilai sebelum perkahwinan berlaku. Bagaimanakah mungkin seseorang kadi atau sesuatu pihak dapat mendakwa bahawa si pulan jika beristeri dua tidak akan adil? Bagaimana pula seseorang dapat memutuskan si pulan yang lain jika beristeri dua adil? Bahkan ada orang yang disangka adil tetapi ternyata sebaliknya.

TIDAK BOLEH MENGHALANG ORANG YANG INGIN BERPOLIGAMI, KENAPA?

Sikap adil atau bertanggungjawab terhadap isteri bukan hanya kepada yang berpoligami tetapi juga kepada yang beristeri satu. Kalau hak keizinan poligami diberikan kepada kadi secara meluas maka nanti yang ingin berkahwin satu juga akan dinilai oleh kadi sama dia boleh bertanggungjawab atau tidak. Kemudian nanti yang ingin menambah anak atau memperolehi anak juga akan dinilai dia mampu atau tidak? Apakah kita lupa, ramai yang sikapnya berubah menjadi lebih cemerlang selepas perkahwinan, atau rezeki semakin bertambah selepas bertambah bilangan anak.

 Sebab itulah Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah (Islamic Research Assembly) pada muktamarnya yang kedua di Kaherah tahun 1975 membuat keputusan seperti berikut: “Adapun berhubung dengan poligami, maka pihak muktamar memutuskan bahawa ia adalah harus dengan jelasnya berdasarkan nas-nas al-Quran al-Karim juga dengan syarat-syarat yang berkaitan dengannya. Adapun penggunaan hak ini adalah terpulang kepada pihak suami, ia tidak memerlukan keizinan kadi”.

Selain itu, Abd al-Karim Zaidan menyebut di dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah: “Aku melihat tidak harus dari segi syarak memberikan kelayakan berpoligami ditentukan kadi, atau mengaitkan keharusan berpoligami dengan izin kadi.” Kata beliau juga: “Antara bukti yang menyokong keputusan Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah di atas ialah tidak pernah disebutkan kepada kita pada mana-mana zaman Islam, sejak Rasulullah s.a.w sehingga ke zaman selepasnya bahawa sesiapa daripada kalangan fuqaha (ulama feqah) mensyaratkan keizinan kadi untuk sesiapa yang ingin berpoligami. Kalaulah syarat ini disyariatkan maka sudah tentu kitab-kitab fekah dan kehakiman menyebut berlakunya atau cadangan mengenainya. Apabila ia tidak menyebut hal ini sedikit pun, maka inilah dalil yang putus terhadap ijma’ sukuti (ijmak secara diam) mengenai tidak dikaitkan keharusan berpoligami dengan keizinan kadi. Maka cadangan untuk itu sekarang ini adalah memecahkan ijmak” (‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah المفصل في أحكام المرأة, 6/294, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut).

Di samping itu, Dr Wahbah al-Zuhaili juga membantah pandangan yang mensyaratkan izin kadi ini dengan memberikan beberapa hujahnya di dalam al-Fiqh al-Islami. Sila yang ingin pendetilan rujuk di bawah tajuk الدعوة إلى جعل تعدد الزوجات بإذن القاضي (Seruan Kepada Dijadikan Keiizinan Berpoligami Dengan Izn Kadi). Antara tokoh lain ialah Dr.Muhammad `Uqlah dalam bukunya Nizam al-Usrah fi Al-Islam yang menganggap syarat keizinan kadi sebagai pemikiran yang bid`ah dan boleh membawa kepada hubungan zina.








Apa yang perlu dibawa OLEH PASANGAN Untuk kahwin di Thailand

Dokumen yang diperlukan oleh pihak kami adalah adalah seperti berikut:

Warga asing hendaklah menyemak dengan Kedutaan Thailand samada mereka perlu memohon visa sebelum pergi ke Thailand atau tidak

Mualaf hendaklah berkhitan (bersunat) dahulu sebelum bernikah di Thailand